saya merupakan salah seorang pelajar umk bagi kampus Bachok. Untuk pengetahuan semua, UMK mempunyai tiga kampus yg kesemuanya terletak di negeri kelantan.
1. UMK KAMPUS KOTA @ PENGKALAN CHEPA
2. UMK KAMPUS BACHOK
3. UMK KAMPUS JELI
Alamat UMK Kampus Kota
Alamat : Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Kota
Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu, Kelantan
Telefon : 09-7717006
Alamat UMK Kampus Bachok
Alamat : Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok
Beg Berkunci No.01
163000 Bachok, Kelantan
Telefon : 09-7797000
Alamat UMK Kampus Jeli
Alamat : Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Jeli
Beg Berkunci No.100
17600 Jeli, Kelantan
Telefon : 09-9450269
Untuk sesiapa yg mendapat di kampus bachok. Saya akan menerangkan serba sedikit tentang kampus ini. Kampus ini baru sahaja dibina, belum cukup 10 tahun lg, jadi infrastruktur di sini agak mendukacitakan, tetapi jgn risau krn skrg di kampus ini sedang pesat membangun.
untuk kolej kediaman, kampus ini mempunyai kolej kediaman luar kampus dan di dalam kampus atau lebih dikenali sebagai ibs. selain itu, terdapat juga cafe yg menyediakan makanan utk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Dan harganya teramatlah murah, bersesuaian dgn bajet students.
untuk kolej kediaman/asrama. terdapat 8 blok, jgn risau ye asrama nie tak bertingkat, tak perlu nak naik tangga, tapi kena jalan kaki jauh sikit..ok, ini benda yg amat penting. Saya menyarankan anda untuk membawa apa yg kan saya list kan kat bawah nie:
1, kipas angin (tak kisah la kipas kecik ke besar ke, bertiang ke tidak bertiang, asalkan nama kipas, kerana di asrama tersangatlah sejuk, mungkin anda akan berpeluh nanti bila tidur :)
2. payung (jarak antara asrama ke fakulti dekat je, tetapi boleh menyebabkan tona kulit gelap, selain itu, di kelantan selalu hujan, so mmg wajib bawak payung)
3. duit syiling (bagi yg sgt rajin utk basuh baju sendiri, korg boleh basuh baju guna mesin yg ditempatkan di pantri. sekali basuh baju rm2.50 sejam, selain tu, kat pantri ada jugak sediakan mesin coffee, sape2 yg malas nak buat air nescafe 3in1 tu, pegi masuk duit kat mesin coffee)
4. cadar, bantal & selimut (pihak asrama hanya menyediakan katil, tilam, almari 2 pintu kpd setiap pelajar)
5. stok maggi yg banyakkkk (bg pengalaman aku, 1st month aku tak boleh adapt dgn makanan pantai timur, so maggi la penyelamat aku)
6. segala peralatan mandi kau, pinggan mangkuk sudu garfu gelas, baldi hanger pengepit (aih, takkan aku nak kena bgtahu semua)
7. plug extension (ini tersangatlah penting, beli la yg hat panjang and boleh plug banyak, tak rugi mana pun. nanti kang dan2 la masa tu, korg nak iron tudung renyuk, phone battery low, kipas lagi )
8. iron (bawak iron sendiri, bukannya tak sudi nak share dgn roomate, cuba bayangkan pagi tu kelam kabut semua nak iron, pastu mengharapkan iron tu yg satu je)
--- ini sekadar coretan sahaja, mungkn info nie berguna utk korg yg bakal menjejakkan kaki disini. diharapkan anda gigih berusaha untuk mencapai segulung ijazah. Ingatlah bahawa kita belajar krn Allah SWT dan keluarga kita.
--- UMK ( UNTUK MANUSIA KUAT)
--- unuk mendapatkan info yg lebih jelas, korg boleh pergi ke fb rasmi umk, klik DI SINI