nufnang

Thursday, 9 July 2015

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

1st of all, congrats kpd mereka yg dapat ke ipta/ipts. bagi yg kurang bernasib baik, korg boleh apply utk second intake, peratusan utk dapat masuk ke ipta sgt tinggi, my friends sendiri just pointer tak sampai 3.0 boleh dpt ipta. tapi ini semua rezeki kan, tak salah kalau mencuba, tak rugi mana pun.

saya merupakan salah seorang pelajar umk bagi kampus Bachok. Untuk pengetahuan semua, UMK mempunyai tiga kampus yg kesemuanya terletak di negeri kelantan.

1. UMK KAMPUS KOTA @ PENGKALAN CHEPA
2. UMK KAMPUS BACHOK
3. UMK KAMPUS JELI

Alamat UMK Kampus Kota
Alamat : Universiti Malaysia Kelantan
               Kampus Kota
               Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa 
               16100 Kota Bharu, Kelantan 
Telefon : 09-7717006

Alamat UMK Kampus Bachok
Alamat : Universiti Malaysia Kelantan 
               Kampus Bachok 
               Beg Berkunci No.01
               163000 Bachok, Kelantan 
Telefon : 09-7797000

Alamat UMK Kampus Jeli
Alamat : Universiti Malaysia Kelantan
               Kampus Jeli
               Beg Berkunci No.100
               17600 Jeli, Kelantan 
Telefon : 09-9450269

       
Untuk sesiapa yg mendapat di kampus bachok. Saya akan menerangkan serba sedikit tentang kampus ini. Kampus ini baru sahaja dibina, belum cukup 10 tahun lg, jadi infrastruktur di sini agak mendukacitakan, tetapi jgn risau krn skrg di kampus ini sedang pesat membangun.

untuk kolej kediaman, kampus ini mempunyai kolej kediaman luar kampus dan di dalam kampus atau lebih dikenali sebagai ibs. selain itu, terdapat juga cafe yg menyediakan makanan utk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Dan harganya teramatlah murah, bersesuaian dgn bajet students. 

untuk kolej kediaman/asrama. terdapat 8 blok, jgn risau ye asrama nie tak bertingkat, tak perlu nak naik tangga, tapi kena jalan kaki jauh sikit..ok, ini benda yg amat penting. Saya menyarankan anda untuk membawa apa yg kan saya list kan kat bawah nie:

1, kipas angin  (tak kisah la kipas kecik ke besar ke, bertiang ke tidak bertiang, asalkan nama kipas, kerana di asrama tersangatlah sejuk, mungkin anda akan berpeluh nanti bila tidur :)
2. payung (jarak  antara asrama ke fakulti dekat je, tetapi boleh menyebabkan tona kulit gelap, selain itu, di kelantan selalu hujan, so mmg wajib bawak payung)
3. duit syiling (bagi yg sgt rajin utk basuh baju sendiri, korg boleh basuh baju guna mesin yg ditempatkan di pantri. sekali basuh baju rm2.50 sejam, selain tu, kat pantri ada jugak sediakan mesin coffee, sape2 yg malas nak buat air nescafe 3in1 tu, pegi masuk duit kat mesin coffee)
4. cadar, bantal & selimut (pihak asrama hanya menyediakan katil, tilam, almari 2 pintu kpd setiap pelajar)
5. stok maggi yg banyakkkk (bg pengalaman aku, 1st month aku tak boleh adapt dgn makanan pantai timur, so maggi la penyelamat aku)
6. segala peralatan mandi kau, pinggan mangkuk sudu garfu gelas, baldi hanger pengepit (aih, takkan aku nak kena bgtahu semua)
7. plug extension (ini tersangatlah penting, beli la yg hat panjang and boleh plug banyak, tak rugi mana pun. nanti kang dan2 la masa tu, korg nak iron tudung renyuk, phone battery low, kipas lagi )
8. iron (bawak iron sendiri, bukannya tak sudi nak share dgn roomate, cuba bayangkan pagi tu kelam kabut semua nak iron, pastu mengharapkan iron tu yg satu je)


--- ini sekadar coretan sahaja, mungkn info nie berguna utk korg yg bakal menjejakkan kaki disini. diharapkan anda gigih berusaha untuk mencapai segulung ijazah. Ingatlah bahawa kita belajar krn Allah SWT dan keluarga kita.

--- UMK ( UNTUK MANUSIA KUAT)

--- unuk mendapatkan info yg lebih jelas, korg boleh pergi ke fb rasmi umk, klik DI SINI


Tuesday, 7 July 2015

USAHAWAN MUDA EL AZMAN & NUR AMIRAH

idk la if i sorang je yg tertarik dgn this couple. Me selalu stalk dorang nie kat fb and ig. Mereka selalu bagi caption yg positif, yeaa always positif. Walaupun mereka mempunyai perniagaan yang besar, mereka selalu berkongsi pelbagai tips, tersangatlah humble and suka selfie. kihkih.

btw, mulut org tak boleh nak tutup, since mereka semakin dikenali, mereka juga sering dikata dicaci menunjuk kekayaan mereka. But for me, mereka nak mendorong semua orang utk berjaya dan menjadi seperti mereka bukan sebaliknya. Aih, sape la dok ngata depa nie, i cili2 mulut uolss.

fyi, antara barangan/produk yg diusahakan oleh mereka ialah produk kosmetik N.A Beauty. feedback produk mereka tersangatlah bagus and berjaya. One day, i akan cuba produk mereka, skrg nie ongkosnya tiada, almaklum la student lg kenn. So, kpd sesiapa bolehlah cuba produk mereka nie (cakap dengan diri sendiri)

selain itu, sis amira juga ada jual jubah and shawl labuh. and saya ada testimoni saya sendiri utk jubah, saya bukan nak cakap tipu or cakap besar, the jubah is the best and sgt comfortable, i sendiri beli and pakai. The jubah sangat2 memenuhi kriteria saya. 1st easy wudhu. 2nd ala mermaid. 3rd warna yang tersangat sweet. 4th quality kain and jahitan yg tersangat kemas. bayangkan i boleh tak perasan yg ada jahitan utk zip kat belakang. aih i taktau nak describe mcm mana lg, better uols pergi beli.

for el azman, i tau para lelaki skrg tgh shock with jubah slim fit and kurta elrahexclusive. i kalau lelaki, i dah pergi beli dah stock utk raya sebulan. jubah slim fit tu boleh mengubah seseorang menjadi lebih handsome. Sungguh nie, dari yg one pack ke six pack. kihkih.

btw, i sgt2 adore this couple, i hope one day i akan jumpa dgn mereka utk selfie bersama-upload dlm ig-likers ribu riban-kihkih.