nufnang

Saturday, 5 April 2014

RESEPI COCKTAIL BUAH PALING SIMPLE

Assalamualaikum, hari ini saya nak tunjukkan resepi cocktail yg paling senang dan menjimatkan masa. Selalunya saya rajin buat cocktail masa semua family ada kat rumah, masa hari raya, hari panas and hari kelam kabut menyambut tetamu, kihkih. Bahan-bahannya pun senang nak dapat, kat kedai runcit pun ada.

Bahan-bahannya

1 tin buah campuran
1 tin susu cair/sejat
1 peket jelly/sumi yg warna-warni tu (potong kecik2 utk senang telan)
nata de coco (tak letak pun takpe)
1 senduk air gula(kalau nak lebih manis)
air masak(mengikut keperluan)
kiub ais

Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk kecuali kiub ais, kacau2 bagi sebati. Agak2 rasa dah okay, lastly, baru masukkan ais. Okay dah siap!
senang kan.

p/s: sekiranya nak buat cocktail dalam kuantiti yg banyak, pastikan yg jumlah tin buah campuran dgn tin susu cair adalah SAMA.

p/s again: kalau nak tambah bahan2 lain mcm buah laici ke aiskrim ke, pun takpe, ikut kreativiti sendiri.


Koktel Buah. Gambar hasil carian google.

sumber mr google




No comments:

Post a Comment